JANJI
Tak pernah terfikir
tak pernah terjangkau
tak terduga oleh
tasik minda
tentang sebuah lafaz
sebuah janji
dan bagai direntap
dalam ulitan dakapan
manisan
diratah bermusim dari
pohon hari
bagai dikejar
bayangan ngeri
dalam pelukan
ketakutan
kini jendela waktu
lalu
bagaikan kembali
mendekat
di tabir pintu detik
nan rapuh
jika sebuah janji
jitu
tidak terpaku kukuh
tidak tersemat di
kolam dada
tidak terlekat di
kamar merdeka
janji pasti terlerai
dan
gugurlah satu persatu
tembok-tembok batu
yang menjadi harapan
pada sebuah janji
Oleh: Kamarliehudie NS
Antologi Puisi Sempena Jubli Emas
DBP
Resam 2006
PENAKU UNTUKMU
Di lurah luka
Di lurah luka
kau hirup madu
dalam keharuman
terhidu kehanyiran
dalam sendu
masih mampu mengopak
senyum
di dada kesakitan
sempat kau
sembunyikan
segala cerita ranjau
berduri
dan siapakah lagi
mampu menampung
sabarmu
terbelit di lingkaran
sukar
dalam memelihara
kesucian kamar
engkaukah
bakal mengutip kilau
permata
di kancah kemenangan
sewangi kemboja
atas pusara keramat
penuh misteri
lambang azimat idola nusantara
agung
di sini perjuanganku
hanya
bukanlah di hujung
pedang atau
bermain bunga api
yang berlanggar tasik
merah berbau hanyir
di tebing pemisah
kasih
di dada kanvas
jemariku berbara lagi
lalu dilakar lagi
rasa semangat membara untukmu
Oleh: Kamarliehudie NS
Antologi Puisi Sempena Jubli Emas
DBP
Resam 2006
IMPIAN
Pantai Kelambu dan Pantai Bak-Bak
Pantai Kelambu dan Pantai Bak-Bak
Simpang Mengayau
pertemuan dua benua
dalam deru angin
nyaman berbalut kilau birunya laut
ada rindu tersimpan
jitu
dan tika berdiri di
Pulau Banggi pulau terbesar ini
seketika pada-MU
terpegun
lalu terbenam ke
dasar alunan ombak
atas pelayaran
limpahan airmata bagai tercakar di sini
untuk dikopak
tertingkap waktunya
lalu bagaimana mampu
diukir impian
maka biarlah beradu
berlangir kerinduan
semusim lagi sebelum
sayap ke dada kasih
biarlah setanggi
semerbak harum setandingmu KLCC
biarlah suntikan
senyutan dedaun mengembang
biarlah warna jingga
mentari di kaki pantaimu
dipancar kilau
sepanjang waktu
bila nanti kudakap ke
dada pantaimu lagi
dalam ciuman harum
kasturi
pasti persinggahan ke
kamar Pulau Banggi
akan kuhirup manisnya
madu dari pepohon mekar
izinkan kita
berbicara lagi di Tanduk Simpang Mengayau
dalam cerita indah
tanpa kelam duka
maka atas puncak
mahligai impian kuukir senyum
menatap lambaian
nelayan di deruan ombak berlalu
Oleh: Kamarliehudie NS
Antologi Puisi Sempena Jubli Emas
DBP
Resam 2006
TANJUNG ARU MERUNTUN KALBU
Inilah saat ketakjuban
Inilah saat ketakjuban
kutatap kebesaran
pencipta
tika waktu mentari
rebah ke ufuk
mewarna segala
keindahan jua segala kegusaran
di balik mega berarak
terpintal seribu
warna rahsia
dalam riak gelora
laut bersisik
membenamkan suka duka
ke dada dasarnya
tak siapa tahu yang
tersurat
kecuali Dia
Ku kenal di kesamaran bibir ke bibir
tentang lukisan wajah indahmu
tanpa siapa tahu
takdir bertemu kita
di pergigian pantai ini
saat aku terjerat di
belitan rindu
dalam janji pelayaran
entah untuk ke berapa
lama lagi
lena aku dalam
dakapanmu nan damai
Tanjung Aru
seperti hari-hari
kelmarin aku dating lagi
ke jasadmu kuubati
segala sepi, rindu nan sarat
bila pintu perpisahan
itu menyapa
dan akulah perindu
sepi di pinggir kenangan.
Oleh: Kamarliehudie NS
Antologi Puisi Sempena Jubli Emas
DBP
Resam 2006
WAKTU ITU
[Buat
mereka yang bergelar pendidik]
Waktu itu
tika perjalanan di
lorong gelap
menuju puncak memetik
bintang
kaupimpin tanganku
kaubangunkan aku
kembali
dari tersadung ke
bumi
kausuluhku dengan
dianmu
dan
apabila nafasku sesak
dalam pendakian panjang
kaubakarkan kembali
baraku ke kolam rasa
kaubangunkan aku dari
nyenyak tidur nan panjang
dengan lagu nyanyi
syahdumu
bersama gesekan biola
tanpa rasa jemu
tanpa rasa kesal
tanpa keluh kesah
dengan penuh yakin
bersama janjimu
kau terus taburkan
benih-benih harapan
ka uterus curahkan
keringat bercucuran
ka uterus siramkan
dedaunku nan kelayuan
tanpa menghitung
titian hari
tanpa menghitung
mentari
tanpa menghitung
balasan budi
kerana kau mahu
melihat dalam cermin dirimu
bahawa aku pasti
bermandi
kilau sinar di puncak
bersama bintang
dan pasti kau
tersenyum
kerana itulah hadiah
teragung buatmu
guru tersayang
dan akulah generasi
baru membangunkan impian
dalam kemanisan
dinikmati dari buah tanganmu
guru betapa jasamu
tak terbalas dengan segunung
intan
tak terbayar dengan
wang berjuta
yang terpahat sekadar
sebuku sebutan,
sepotong nama
CIKGU! Kekal penghujung ayat
Oleh: Nor Aziah bt. Abdul Aziz Fadzilah
Antologi Puisi Sempena Jubli Emas
DBP
Resam 2006
HADIAH
[Sempena
Hari Ibu]
Tidak pernah kunilaikan
betapa agungnya
pemberianmu ibu
masih padu di minda
terlupa kuucap terima
kasih
masih kuingat
kurobekkan kasihmu
bersama kapal kertas
yang kauberi
kerana yang kumahukan
sepasang sepatu
Lalu kau berkata
sepasang sepatu
membawa kau
ke dua persimpangan
dalam perjalanan jauh
tapi
sebuah kapal kertas
pasti membawa kau ke laut akal
dalam pencarian
daratan bersama kemenangan
untuk berlabuh
Setelah kau tiada di
sisi
aku kini dipanggil
ibu
dapat kurasa hatimu
dulu
betapa jauhnya
kasihmu ibu dalam fikir
hanya untuk
kebahagian anakmu
hari ini kusambung lagi kasih
hari ini kusambung lagi kasih
dan
pasti sebuah kapal
kertasmu akan kubina
untuk warisanmu ibu
Oleh: Nor Aziah bt. Abdul Aziz Fadzilah
Antologi Puisi Sempena Jubli Emas
DBP
Resam 2006
SIAPAKAH MAMPU
[Buat
Arwah Ibu Hasiah Haji Zainal]
Siapakah mampu
menjadi tukang jahit
semahirmu
siapakah mampu
menjadi penuh setia
sepertimu
siapakah mampu
sesabarmu menjadi
penampal
kasutku nan robek
siapakah mampu
mengayam sepiku
sepertimu
siapakah mampu
melagukan nyanyian
merdu untukku
siapakah mampu
memberiku sungai susu
selazatmu
dan siapakah mampu
dan siapakah mampu
mengisi kehilanganmu
bertahun
Hari ini
dalam cermin diri aku
menangis
dalam pencarian kasih
nan kudus
kerana tiada lagi
yang mampu
sesetiamu
setabahmu
sesabarmu
seteguh kasihmu
untuk menjahit lukaku
nan dalam
untuk merawat laraku
bertahun
untuk melerai
bebenangku nan kusut
betapa agung kasihmu
ibu
nilainya hingga ke
hujung hayat.
Oleh: Nor Aziah bt. Abdul Aziz Fadzilah
Antologi Puisi Sempena Jubli Emas
DBP
Resam 2006
( Menang Anugerah Sastera Negeri
Sembilan )
Dalam Genre Puisi 2007
KERANAMU AKU DI SINI
Biarpun tujuh lautan
memisahkan
biarpun tujuh benua
menjarakkan
ranjau bercerucuk
memanah dada
kerana di sini
pembuluh nadiku
bernafas
kerana di sini
Gunung Kinabalumu
menikam rasa
kerana di sini
Simpang Mengayaumu
membuai mimpi
kerana di sini
Tanjung Arumu
menyimpan rahsia
kerana di sini
masih ada cinta
kerana di sini
masih ada kasih
kerana di sini
masih ada sayang
masih ada sayang
kerana di sini
segala-galanya bermula
keranamu masih aku di
sini
dalam deburan ombak
resah
di dada pantai
penantian nan setia
Oleh: Nor Aziah bt. Abdul Aziz Fadzilah
Antologi Puisi Sempena Jubli Emas
DBP
Resam 2006
Tiada ulasan:
Catat Ulasan