Menerima email dari En. Zul…. menyatakan karyaku ‘Kata Keramat Mak’ terbit…. diruang ceritaapaapasaja….. merupakan satu utusan yang cukup bermakna untuku setelah lama tiada mengukir ukiran bicara indah untuk di lagukan di kanvas terentang luas meghimpun jutaan pelangi ………
Untuk samaku kongsikan dalam Teratak Ilham Kamaliehudie Ns…
Semoga apa yang tercatat di dalamnya mampu memberikan iktibar untuk kita fikirkan buat memberi lorong sinar kepada anak-anak kita di dunia penuh onak dan duri….
KATA KERAMAT MAK.

“ Mak, nak ingatkan juga….. genggamlah bara api biar menjadi arang…. jika belakang parang kamu berkarat dan tumpul usahalah untuk menajam dan mengilaukan kembali dan satu lagi jangan jadi gunting dalam lipatan dan jangan jadi seperti api dalam sekam takut nanti tertikan diri sendiri”
“ Jika mak dan ayah tiada di alam fana ni….. pasti kau akan tahu apa yang tersirat dan tersurat… “

“ Mak…. kalau nasi menjadi bubur… gorengkan ikan masin, celurkan sayur kangkung, pasti sedap dimakan dan kalau hujan memanglah kita kena pakai payung kalau tidak basahlah dan dapat deman!!!”
Mak tak pernah marah ia hanya senyum dan mengelengkan kepala saja begitulah cara mak mendidik aku dan adik-adik yang boleh di kata semuanya berjaya tidak terjerat dalam anasir yang boleh merosakkan masa depan seperti yang banyak terbentang pada dunia hari ini. Bagiku cara mak amat berkesan hingga menusuk ke tangkai hati tanpa mengenakan rotan seperti anak-anak zaman dunia moden hari ini.
Dalam dunia global masa kini dengan kesibukkan tugasan harian di pejabat aku dan suami memang tiada punya masa yang banyak untuk bersama permata hati anugerah tuhan kepada kami. Lalu kesan pengajaran mak yang lalu… ku terapkan kembali ke dada puteriku agar ia mampu berfikir…. untuk mewarnakan masa depannya kerana tidak semesti kita mengajar mereka dengan kekerasan kerana dengan kelembutan boleh mencairkan anak-anak yang berjiwa keras.
Aku mengajarnya dengan menceritakan bagaimana aku boleh berjaya begitu….… dengan ibu saudara dan bapa saudaranya boleh menjadi manusia berguna. Nampaknya ada kesan yang dapat ku lihat pada anakku kerana sekarang dia sudah pandai membahagikan masa untuk berlajar, bermain dan mengisi waktunya dengan benda yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri. Aku dan suami mampu tersenyuman tanpa rasa bimbang lagi untuk melihat sinar mentari menerangi perjalanan hidup anakku.
Sesungguh kasih sayang seorang ibu amatlah tidak terbayar dengan apa jua, kecuali dengan doa anak yang solehah.
Nor Aziah Abdul Aziz Fadzilah
Jelebu, Negeri Sembilan.